Tuesday, March 18, 2014

Festival Pendekar & Busana Tradisi Nusantara 2014



 
Festival ini akan menghimpunkan pengamal, pengkaji dan peminat seni kebudayaan tamadun Melayu Nusantara dari dalam dan luar negara bertujuan merapatkan silaturrahim sesama kita dan menjadi model kepada generasi baru dalam mewarisi seni pusaka bangsa Melayu. Penganjuran festival ini juga selari dengan ulang tahun ke 6 sambutan Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah yang acara kemuncaknya akan diadakan pada 15 April, 2014. 

 Festival ini merupakan kesinambungan kepada suatu program Pertemuan Busana Tradisi & Pendekar Melaka 2012 yang telah dijayakan buat julung kali dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam dan PERZIM pada 25 November, 2012 di Auditorium Kolej Yayasan Melaka (Seminar Wacana Ilmu) dan pada 2 Disember, 2012 di perkarangan Istana Kesultanan Melaka. Kehadiran peserta dari dalam dan luar negeri seramai 2000 orang tidak termasuk pelancong yang sedia ada di kawasan tersebut.

  

ANJURAN BERSAMA
·         Persatuan Guru-Guru Silat Negeri Melaka (SiGMA)

DENGAN KERJASAMA
·           Persekutuan Silat Negeri Melaka (PESAKA Melaka)
·        Kerajaan Negeri Melaka
·         Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
·         Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
·         Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
·         Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
·         Jab. Kebudayaan & Kesenian Negeri Melaka (JKKN)
·         Biro Promosi Pelancongan (BPP)
·         Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA)
·         Pusat Transformasi Bandar (UTC Melaka)
·         Kementerian Pelancongan Malaysia
TARIKH DAN TEMPAT FESTIVAL
·         10 & 11 Mei, 2014  (Sabtu & Ahad) – Perkampungan Hang Tuah, Kg. Duyong, Melaka


PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN
1.       Perguruan-perguruan  Silat  Negeri Melaka
2.       Badan PENDIRI  PESAKA
3.       Perguruan-perguruan Silat seluruh  Malaysia
4.       Perguruan-perguruan Silat luar negara
5.       Penuntut IPTA / IPTS tempatan
6.       Peminat, penggiat dan peneliti seni pendekar & busana tempatan/luar negara
7.       Jabatan dan Agensi Kerajaan Malaysia

OBJEKTIF
  1. Memupuk perasaan cinta terhadap seni kebudayaan berteraskan dunia Kependekaran & Busana Tradisi Melayu Nusantara
  2. Menolong memelihara seni budaya Melayu agar tidak hilang dan pupus dari masa ke semasa.
  3. Memartabatkan seni budaya bangsa ke tahap yang tertinggi dan membantu melahirkan pelapis yang akan bertindak sebagai ejen penyebar, pengamal serta menjadi pemangkin dalam mengembangkan seni budaya bangsa.
  4. Menjadi pemangkin kepada pembangunan seni busana tradisi dan kependekaran secara jangka panjang melalui penganjuran aktiviti, persembahan, pertandingan, seminar, bengkel, forum serta dari aspek kemahiran dan pengurusan.
  5. Menampilkan daya tarikan yang tersendiri bagi masyarakat dan industri pelancongan.
  6. Menjana minda masyarakat ke arah konsep teori, praktikal dan ilmiah agar lahir insan yang bukan sahaja berbudaya tapi mempunyai ilmu yang mendalam.
  7. Menaikkan kesedaran tentang kedaulatan Melayu Islam tanpa mengira latar belakang dan kecenderungan politik
  8. Memberi faham tentang kenapa umat Melayu di Malaysia khususnya akan kepentingan memartabatkan kegemilangan budaya Melayu.
  9. Menaikkan jati diri anak-anak Melayu agar dapat menjadi manusia yang lebih berguna kepada agama, bangsa dan negara.


4.0          ATURCARA PROGRAM HARI PERTAMA (10 MEI, 2014)





MASA

PROGRAM

8.30 pagi               :

Pendaftaran Peserta/ Ketibaan tetamu jemputan


9.15 pagi               :


Ketibaan YB. Datuk Norpipah bte Abdol
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kebudayaan, Warisan dan pelancongan Negeri Melaka


9.30 pagi               :

Perarakan Istiadat Pendekar
Persembahan Silat Selamat Datang


9.45 pagi               :


Nyanyian Lagu
Negaraku, Melaka Maju Jaya, Melaka Maju Negeriku Sayang


9.50 pagi               :

Bacaan Doa

9.55 pagi               :

Ucapan Aluan
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kebudayaan, Warisan dan pelancongan Negeri Melaka


10.30 pagi          :

Penyampaian Cenderamata
Jamuan


11.00 pagi
hingga
1.30 ptg

Wacana Ilmu

Bicara 1
“Mitos dan Sejarah dalam Sulalatus Salatin”
Oleh Y.Bhg. Prof Dr. Ahmat bin Adam

Bicara 2
“Warisan Melayu Bersendi Kitabullah”
Oleh YBhg. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari –aktivis NGO Kesedaran Melayu dan Islam (KEMUDI)


Pengerusi : Y.Bhg. Prof. Adjung Datuk Dr. Hj. Mohd Jamil bin Mukmin
Timbalan Pengerusi
Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam




11.00 pagi
hingga
1.30 ptg

Bicara 3
“Konsep dan Falsafah Busana Melayu”
Oleh Y.Bhg Puan Zubaidah bte Sual – pengkaji busana Melayu

Bicara 4
“Sultan dan Wali Allah di Nusantara”
Oleh Y.Bhg En. Hasanuddin Yusof

Bicara 5
“Falsafah dan Fungsi Busana Pendekar Melayu”
Oleh Y.Bhg En. Johan Iskandar – pakar rujuk busana tradisi Melayu dan pengasas portal Keriswarisan.com

Pengerusi : YBhg. En. Rodzuan bin Ismail
Pengarah
Jab. Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Melaka


1.30 petang          :

Jamuan / Rehat


3.00 petang –
4.00 petang

Majlis Perasmian Festival Oleh YDP Pesaka Melaka

6.00 petang

Bersurai

Acara-acara lain di Perkarangan Rumah Lima Pahlawan dari 10.00 am – 6.00 pm.

1.       Pertunjukan Silat dari pelbagai pertubuhan silat
2.       Bengkel dan Demonstrasi memanah
3.       Demonstrasi Mencuci Keris
4.       Demonstasi Membuat Keris / Senjata Tradisi
5.       Sukan Rakyat (Sepakraga Bulatan, Gasing)
6.       Gerai Pameran

5.0          ATURCARA PROGRAM HARI KEDUA (11 MEI, 2014)





MASA

PROGRAM

LOKASI

9.00 pagi – 3.00 petang   :


Persembahan Silat dari semua pertubuhan silat

Gelanggang Silat

10.30 pagi
2.30 petang
5.00 petang          :


Demonstrasi Mencuci Keris

Balai Mahaguru

10.00 pagi
12.00 tengahari
2.00 petang
5.00 petang          :

Demonstrasi Memanah

Gelanggang Silat

9.00 pagi – 5.00 petang

Demonstrasi membuat keris

Wakaf

9.00 pagi – 5.00 petang

Persembahan sukan tradisional – sepak raga bulatan

Gelanggang Silat

3.00 ptg

Majlis Perasmian Penutup Festival:

1) Peserta festival mengambil tempat
2) Ucapan alu-aluan oleh wakil penganjur
3) Ucapan perasmian penutup Festival
4) Gimik perasmian & persembahan khas
5) Penyampaian hadiah pertandingan
6) Penyampaian sijil & anugerah khas
7) Sesi Bergambar & Bersurai

Pentas Utama

PENDAFTARAN PESERTA
  1. Yuran penyertaan untuk semua acara adalah PERCUMA.
  2. Peserta yang telah menghantar borang pendaftaran kepada sekretariat hendaklah melapor diri di kaunter pendaftaran urusetia pada pagi 10/5//2014. Tag khas bernombor siri akan diberi kepada mereka yang mendaftar sahaja.
  3. Peserta pertandingan silat seni mestilah mendaftar secara  Pasukan yang terdiri  dari sekurang-kurangnya seramai  6 orang pesilat  sama ada  lelaki atau  wanita tidak termasuk ketua pasukan/jurulatih. 
  4. Penyertaan pertandingan sukan rakyat terbuka kepada individu dan kumpulan.
  5. Pemenang pertandingan fesyen busana tradisi akan dipilih secara rambang sepanjang Festival oleh panel juri yang akan memerhatikan setiap peserta yang telah mendaftar dan mempunyai tag bernombor siri.
  6. Borang pendaftaran hendaklah dihantar sebelum atau pada 1/5/2014 melalui kaedah berikut :
  7. Secara pos atau serahan tangan kepada :
    Sekretariat, Festival Pendekar & Busana Tradisi Nusantara 2014
    d/a Persatuan Guru-Guru Silat Negeri Melaka (SiGMA)
    Lot 144, Kompleks Niaga Dataran Bukit Baru, 75150, Melaka

    Tel : +6 012 682 0460 (Abu Huzaifah)
            +6 016 238 7500 (Omar A Rahman)
            +6 013 367 5258 (Fazrul Nieyzam)
            +6 010 789 4012 (Mohd Heirman)
  8. Melalui email ke princezai@gmail.com atau zai@hasro.net
  9. Melalui fax ke +6 03 6207 5792
  10. Pihak sekretariat berhak menolak sebarang pendaftaran berdasarkan kriteria tertentu.
  11. Pendaftaran peserta dan taklimat akan dibuat di perkarangan Hang Tuah Centre, Duyong, Melaka seperti maklumat berikut:

Hari Pertama (10 Mei, 2014)                                                                          
Pendaftaran Wacana Ilmu & Pertandingan : 8.30 Pagi
Acara Pertandingan : 11.00 Pagi - 11.00 Malam
Wacana Ilmu : 11.00 Pagi – 5.00 Ptg
Hari Kedua (11 Mei, 2014)
Pendaftaran Sesi Persembahan : 8.30 Pagi
Acara Persembahan : 9.00 Pagi – 3.00 Ptg.

 

KATEGORI PERTANDINGAN :
KATEGORI
PENYERTAAN
MASA PERSEMBAHAN

SENI PERSEMBAHAN SILAT KREATIF

Berpasukan
Lelaki / Wanita

7 Minit / Pasukan

SUKAN RAKYAT


Berpasukan / Individu
Lelaki / Wanita




SUBJEKTIF

1. Congkak & Batu Seremban
2. Sepakraga Bulatan
3. Memanah
4. Solek Setanjak


FESYEN BUSANA

Individu
Lelaki/Wanita/
Kanak-Kanak


SUBJEKTIF
1. Kategori Lelaki
2. Kategori Wanita
3. Kategori Cilik


KETETAPAN MASA
Pasukan hendaklah melaporkan diri di gelanggang pertandingan lima belas (15) minit sebelum pertandingan dimulakan. Jika gagal hadir selepas panggilan yang kedua oleh Ketua Pertandingan, pasukan yang berkenaan akan dikira menarik diri.

PAKAIAN
Semua peserta yang menyertai pertandingan diwajibkan memakai busana bercirikan tradisi Melayu atau Pendekar Nusantara. Markah akan dikira pada  busana yang digunakan.

HADIAH-HADIAH
Hadiah untuk pertandingan akan diberikan sebagaimana berikut :-
Seni Persembahan Silat Kreatif
Juara 1 – Piala
Juara 2 -  Piala
Juara 3 – Piala

Sukan Rakyat (setiap kategori)
Juara 1 – Piala
Juara 2 -  Piala
Juara 3 – Piala

Fesyen Busana (setiap kategori)
Juara 1 – Piala
Juara 2 -  Piala
Juara 3 – Piala


MAKLUMAT AM
  1. Makan & minum  akan disediakan oleh Penganjur untuk 10 orang bagi setiap Pasukan yg menyertai pertandingan.
  2. Penginapan tidak disediakan oleh pihak penganjur. Namun begitu pihak penganjur sedia membantu urusan mendapatkan penginapan yang sesuai bagi peserta. Pengangkutan peserta ke tempat kejuaraan dan pengangkutan dalaman  adalah tanggungan   sendiri.
  3. Pihak penganjur akan melantik seorang Ketua Pertandingan dari Lembaga Teknikal Wasit-Juri Negeri Melaka sebagai Ketua Pertandigan. Pihak penganjur akan memilih Juri-juri yang berkelayakan dan difikirkan layak sahaja untuk menjadi juri bagi pertandingan tersebut.
  4. Tiada Bantahan serta permohonan Bantahan akan diterima oleh kerana festival ini adalah bersifat Program muhibbah dan sukan budaya.
  5. Semua Persatuan atau perguruan digalakkan menggunakan muzik silat sebenar dari pasukan sendiri atau pihak penganjur dan hanya menggunakan kaset atau CD sekiranya perlu.
  6. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab diatas segala kecelakaan dan kecederaan yang disebabkan oleh kelalaian atau sebaliknya dan pihak perserta atau persatuan hendak memastikan semua peserta yang terlibat dalam pertandingan adalah layak bertanding dan sihat tubuh badan.
  7. Pasukan yang didapati menyebabkan atau membuat huru hara serta kekacauan akan dibatalkan penyertaannya serta merta. Tiada sebarang tuntutan  dan bantahan akan dilayan.



MAKLUMAT PERHUBUNGAN AJK KERJA PROGRAM

Penasihat Program                                         : Sham b Hj Mohd Ghani - 0177109013

Pengarah Program                                         : Abu Huzaifah Hashim - 0126820460
                                                                         Omar A. Rahman - 0162387500

Tim. Pengarah                                                : Fazrul Nieyzam b Chairul Akbar – 0123967807

Sekretariat                                                       : Mohd Heirman Ishak – 0107894012
                                                                          Muhammad Ishkandar b Ayub - 0176841569

Bendahari                                                        : Kamarul Anuar Talib – 0132628575

Urusetia Pendaftaran & Promosi                      : Nazmi b Haji Ninggal (P.S.S Cekak Malaysia) – 0196822707
         Hisamudin Jalil (P.S.S Cekak Harimau) – 0126235635

Urusetia Wacana Ilmu                                      : Prof. Madya Mohd Arif (P.S.S. Gayong Fatani) – 0196687420

Urusetia Pertandingan/Persembahan              : Masrizal Rahmat (P.S.S. Warisan Sendeng) – 0137302010
                                                                           Suhaizan Hj Noh (P.S.S. Kota Sendeng) – 0123311452

Urusetia Sukan Rakyat                                      : Norhizad Mustapha – 0196859911
                                                                            Rashidi Mohd Rashid - 0172260916

Urusetia Memanah / Busana                            : Aziz b Md Said (P.S.S Gerak Tepat) – 0173965177

Urusetia Pameran/Gerai                                   : Rozaini b Kamar (P.S.S. Pancha Laksamana) – 0137539123

Urusetia Sambutan/Protokol                              : Mohd Aizudin (P.S.S. Cekak Malaysia) – 0104342039

Urusetia Perasmian & Penutup                      : Helmi bin Hj Mohd Yusop (P.S.S. Cekak Malaysia) – 01114740408
       PESAKA Melaka – 0136105238

Urusetia Makanan                                            : Ismail b Abdul Rahaman (P.S.S. Cekak Malaysia) – 0136420083
          PESAKA Melaka – 0136105238

Urusetia Keselamatan&Tugas Khas                  : P.S.S. Lembayong Pelangi – 0184664373 / 0166334303

Urusetia Logistik                                                : P.S.S. Harimau Bentara Garang - 0126820460

Urusetia Tapak & Infrastruktur                          : P.S.S. Pancha Laksamana - 0107894012
                 P.S.S. Gersaka Melaka – 0133675258

Borang Penyertaan sila click Link di bawah :
https://www.dropbox.com/s/8k19y00vum5t9dy/Borang%20Penyertaan%20Festival%20Pendekar%20%26%20Busana%202014.pdf

Kit Edaran Festival sila click Link berikut :
https://www.dropbox.com/s/y7tq3pjv1kcxxor/Kit%20Edaran%20Festival%20Pendekar%20%26%20Busana%202014.pdf

Link utk Facebook Event : (mohon click Going di sini utk pemantauan kami)
https://www.facebook.com/events/257985524379727/

No comments:

Post a Comment